Tentang Kami

Mohd Amin, Ng & Associated di tubuhkan pertama kalinya di Segamat, Johor pada 6hb September 1991.

Berorientasikan keperluan klien dan khidmat yang berbentuk mesra pelanggan, kami mengembangkan sayap dengan memulakan operasi di Bandar Baru Uda pada tahun 2008.

 

Sejak ditubuhkan, kami telah pun berkembang dari beberapa orang kepada sebuah firma yang mempunyai sekumpulan peguam yang mahir dan terbaik dalam amalan undang-undang.

 

Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki, kami kini semakin dikenali dan menjadi pilihan untuk membantu klien dalam pelbagai bidang perundangan dan menawarkan solusi yang terbaik bagi klien kami.

Moto Kami

Profesional

Kami percaya setiap isu mempunyai 2 kisah yang berbeza. Atas dasar profesional kami akan sentiasa mengelakkan unsur emosional, berbanding rasional.

Dinamik

Urusan dan maklumat yang diberikan oleh pihak klien sentiasa menjadi RAHSIA dan KEUTAMAAN kami, agar tenaga dan kreativiti dapat terus disalurkan.

Diyakini

Dalam apa juga keadaan, fokus dan dasar perkhidmatan kami sentiasa berpaksi kepada lunas-lunas akhlak, moral dan juga urusan hak serta batil.

Sekilas Info...

(klik untuk imej yang lebih besar)

© Hakmilik Terpelihara Manalaw 2024