
Malam-malam begini adalah waktu yang sangat sesuai untuk membuat hujahan, tambahan lagi dalam keadaan yang sejuk kerana hujan di luar.
Keadaan yang lebih tenang dengan tiada panggilan telefon membolehkan kerja dibuat dalam keadaan yang lebih fokus.
Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan hal hartanah yang merupakan satu disiplin yang agak teknikal dan memerlukan ketelitian.
Hari ini saya sedang menyiapkan hujahan berkaitan dengan pendudukan secara haram ke atas sekeping tanah oleh individu-individu yang tidak pernah diberikan kebenaran oleh pemilik dan tidak juga oleh pemilik sebelumnya.
Pemilik tanah boleh mengambil tindakan undang-undang di mahkamah bagi mengeluarkan penghuni yang menduduki tanah miliknya secara haram (yang tidak melibatkan penyewa lebih tempoh).
O. 89 r 1 Rules of Court 2012
Where a person claims possession of land which he alleged is occupied solely by a person or persons (not being a tenant or tenants holding over after the termination of the Tenancy) who entered into or remained in occupation without his licence or consent or that of and predecessor in title of his, the proceedings may be brought by originating summons in accordance with the provisions of this Order.
Section 340(1) National Land Code 1965 provides:
(1) The title…of any person or body for the time being
registered as Proprietor of any land…shall…be indefeasible.
Undang-undang yang ada adalah mencukupi bagi pemilik tanah untuk bertindak terhadap pihak-pihak yang tinggal tanpa kebenaran di sesuatu tapak tanah.
Hafez Bin Zalkapli
5 April 2021