INFO MARKET HARTANAH JDT
2 sahabat beri info menarik
Saya di JB utk urusan 1 hari saya menguruskan hartanah di sini dan ada beri property talk di iProperty.com Expo di City Square.
Bila kita turun padang, kita kena dapatkan info drpd orang di lapangan. Jangan dengar cerita2 orang sembarangan. Hari ini, antara orang yg saya sempat jumpa adalah 2 orang dari lapangan hartanah JDT. 1st jumpa Grace, ejen hartanah dan 2nd sahabat baru Hafiz, seorang lawyer hartanah.
Update market hartanah JDT drpd mereka:
1. Pemilik hartanah kat JDT memang susah nak jual hartanah. Grace info kat saya dia hanya dapat jual 10 je hartanah dalam masa 1 tahun. Owner ramai tak boleh hold hartanah. So ramai yg terdesak dan rendahkan harga pun susah nak jual. Orang taknak beli kerana pemaju banyak jual hartanah yg serupa tapi bagi macam2 rebate n freebies.
2. Memang susah nak jual tapi rental memang sangat aktif. Saya tanya apa maksud dia sangat aktif. Grace kata boleh dapat 10 rental deal dalam sebulan! Income boleh jadi rm10k to rm20k sebulan hanya drpd rental. Sampai tak menang tangan. Penuh jadual katanye!
3. Bila market perlahan, ramai owners yg tak dapat nak jual akhirnya terpaksa nak sewakan. Murah2 pun takpe. Asalkan ada la jugak cashflow drpd membela raksasa semata2.
4. Rental utk shoplot n apartment semua ok kata Grace. In fact rental unit2 residential yg ada sea view yg paling laku. Saya ada ajar ilmu 10 booster hartanah di MPH: Mega Pejuang Hartanah. Pemandangan adalah booster ke 9. Dalam keadaan market tak baik ni, bila ada booster yg jnit lain takde akan jadi beza antara dapat penyewa atau tidak!
5. Kata Hafiz, kat JDT ni lain aikit game nye. Especially bagi org Msia yg kerja kat Spore nak beli rumah kat JDT. Tak semua bank akan suka kes2 macam ni. Kalau gaji S$3000 bank kira sama macam rm3000 jugak. Malah akan anggap high risk. Tak semua pekerjaan di Spore itu bank anggap sebagai bagus. Kalau skilled work tu takpe. Kalau setakat kerja fast food kat Spore susah nak dapat loan.
6. Ramai pemaju kat JDT bina highrise. Dah lah range harga yg mahal2 pulak tu. Orang JDT ni pertamanya tak suka rumah highrise. Kalau ada pilihan mereka nak beli landed. Dan harga nye pulak harga tersepit. Tak cukup mahal utk foreigners beli. Tapi terlalu mahal utk org JDT beli. So siapa beli pun tak tahu.
Antara kisah2 saya bawa balik drpd kerja 1 hari saya di JDT utk urusan hartanah saya di sini. Syukur dapat sahabat2 di lapangan yg saya boleh jadi rujukan.
#kembarahartanah
#jaringanhartanah
#jdt #bangsajohor