
International Criminal Court (ICC)
Mahkamah Jenayah Antarabangsa
ICC akan menyiasat, dan jika terdapat kes, akan membicarakan, mana-mana individu yang didakwa dengan tuduhan jenayah paling berat dalam komuniti antarabangsa: pembasmian kaum (genocide), jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Mahkamah ini mengambil bahagian dalam kempen global untuk memerangi ketiadaan dakwaan atau hukuman, dan melalui ICC bertekad untuk memastikan pihak-pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan bagi jenayah yang mereka lakukan dan memastikan jenayah ini tidak berulang lagi.
Mahkamah ini tidak dapat mencapai objektifnya secara bersendirian. Sebagai Mahkamah pilihan terakhir, ianya sebenarnya melengkapi, dan bukan menggantikan mahkamah mana-mana negara. ICC merupakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pertama yang berbentuk kekal, dan ditadbir melalui triti antarabangsa yang dikenali sebagai Roman Statute.
Hafez Bin Zalkapli
19 Julai 2016