Skip to content

Kepentingan Mendapatkan Nasihat Awal Dari Peguam

  • by
Saya pernah mengendalikan satu kes dimana klien saya (lelaki) didakwa mencabul seorang remaja (lelaki).
Walau bagaimanapun, mangsa tersebut tidak membuat sebarang laporan polis.
Klien tersebut telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa keluarga mangsa telah meminta RM50,000-00 darinya bagi menutup kes tersebut.
Setelah melantik saya sebagai peguamnya, saya meminta klien tersebut membuat laporan polis mengatakan dirinya telah diugut supaya membayar wang tersebut.
Polis telah memanggil kesemua pihak dan berkeras hendak mendakwa pihak yang meminta wang dari klien saya.
Akhirnya pihak yang meminta wang dari klien saya telah membatalkan permintaan mereka dan klien saya akhirnya bersetuju menarik balik laporan polisnya dan kesemua pihak telah saling bermaafan.
Kesimpulannya, jika anda telah dizalimi atau terkilan dengan perbuatan mana-mana pihak, bersegeralah bertindak mengikut lunas undang-undang. Menghebahkannya dimedia sosial atau bertanya pendapat dari pihak-pihak lain (kebiasaannya bukan pengamal undang-undang) tidak akan membawa kes anda ke mana-mana.
Jika anda tidak bertindak atau salah tindakan, tidak mustahil ianya akan mengakibatkan implikasi undang-undang kepada anda pula.
Hafez Bin Zalkapli
November 2010