Skip to content

Rayuan Pengurangan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) Kepada LHDN

Anak guam berpuashati dengan pengurangan yang diberikan oleh LHDN selepas kami membuat rayuan.
Oleh kerana itu, amaun yang diberikan LHDN setelah rayuan diambilkira telah dimaklumkan kepada anak guam yang terus menyelesaikan amaun tersebut.
Ini adalah satu cukai yang dikenakan menurut Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Apabila anda mendapat taksiran dengan amaun yang dirasakan tinggi, pastikan segera melantik peguam atau ejen cukai bertauliah untuk membuat rayuan.
Segala dokumen sokongan haruslah diberikan sekali bagi menguatkan kes rayuan tersebut.
Yang paling penting, tindakan harus dibuat segera kerana kes seperti ini adalah ‘time-sensitive’ dan kelewatan akan mengakibatkan penalti yang tinggi.
Kebiasaannya, memang ramai yang dikenakan penalti hingga capai jutaan ringgit, akibat kelewatan bertindak atau kelewatan menerima notis dari LHDN sendiri.
Dalam kes ini pengurangan sebanyak hampir RM300,000.00 telah berjaya diperolehi dan anak guam hanya perlu bayar tidak sampai RM10,000.00.
Akhir sekali, pastikan peguam yang mewakili anda berpengalaman dalam urusan rayuan LHDN dan proaktif, kerana dalam kes seperti ini, kepantasan tindakan dan pemahaman prosedur yang betul adalah kunci kepada penjimatan cukai yang ditaksirkan.
Hafez Bin Zalkapli
Peguam Hartanah
13 Januari 2022