Skip to content

Seksyen 2, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007

Hari ini mewakili anak guam yang dituduh dibawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007
Pemerdagangan Orang
Pemerdagangan orang bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi.
Eksploitasi adalah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. (Seksyen 2, Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007).
Penyeludupan Migran
Penyeludupan migran ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007)
Hafez Bin Zalkapli
1 Mac 2021