Skip to content

Tandatangan Kesemua Borang Kanun Tanah Negara Ketika Rekod Persetujuan

  • by
Mungkin semua pihak gembira jika sesuatu kes dapat di selesaikan dengan direkodkan persetujuan setelah sudah berjaya. Tapi perlu diingat, masalah anak guam belum selesai semasa perintah persetujuan direkodkan. Ada banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum apa yang direkodkan dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan. Sebagai contoh bagi harta sepencarian yang melibatkan hartanah, ianya perlu dipindahmilik berdasarkan kepada perintah mahkamah yang berkaitan. Walaupun Perintah bersih telah diperolehi dan berada dalam milikan anak guam, pindahmilik sepertimana yang diarahkan oleh mahkamah tidak boleh dibuat hanya dengan menggunakan perintah tersebut saja semata-mata.
Kanun
Ia perlu mematuhi undang-undang yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965. Pindahmilik adalah salah satu daripada urusniaga yang dinyatakan oleh Kanun Tanah Negara 1965. Urusniaga seperti pindahmilik ini pula perlu menggunakan instrumen yang telah ditetapkan iaitu Borang 14A.
Oleh itu, bagi menguatkuasakan perintah harta sepencarian tersebut, pendaftaran perlu dibuat di pejabat tanah menggunakan Borang 14A dan bersama-sama dengan Perintah Mahkamah. Bagi mengelakkan apa-apa masalah berbangkit, Plaintif dan Defendan seharusnya perlu menurunkan terus tandatangan dalam Borang 14A semasa Perintah direkodkan (kecuali Rezab Melayu) dan tidak melengah-lengahkan urusan ini. Apa-apa kelewatan akan mendatangkan masalah kelak, terutamanya apabila pada masa lain, pihak-pihak sudah tidak lagi mempunyai hubungan yang baik contohnya.
Oleh kerana itulah peguam yang mengendalikan kes seperti ini perlu proaktif serta berfikir jauh ke hadapan dan bersedia dengan kesemua dokumen yang perlu ditandatangani pada hari persetujuan direkodkan.
Segala persiapan awal ini boleh mengelakkan bermacam-macam permasalahan dan akan melancarkan urusan semua, baik peguam atau anak guam.